Berjimat: Mahasiswa jarang beli makanan di bazar Ramadan

Berjimat: Mahasiswa jarang beli makanan di bazar Ramadan

GOLONGAN mahasiswa turut mengunjungi Bazar Ramadan Jeram, Kampar untuk membeli juadah berbuka puasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Golongan mahasiswa di Kampar, Tapah dan Tanjung Malim dekat sini mendakwa mereka kurang berbelanja di bazar Ramadan selain banyak berbuka puasa dengan menu bajet, masak sendiri di rumah sewa atau menikmati apa sahaja makanan tersedia di masjid.

Rata-rata mereka membe­ritahu terpaksa berbuat sedemikian untuk menjimatkan perbelanjaan, selain menyimpan wang untuk balik ke kampung menyambut Aidilfitri.

Menurut Suriati Zulkifli, 24, dia jarang ke Bazar Ramadan Tapah Road, Tapah kerana i­ngin jimat berbelanja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masih belajar, banyak barangan keperluan perlu dibeli jadi kebanyakan masa saya beli nasi bujang berharga RM5.

“Sudah lengkap dengan nasi, telur dadar, sup kosong dan sambal belacan, jadilah untuk berbuka puasa dan mengisi perut, lagi pun ingin simpan duit untuk balik beraya di Kuantan, Pahang,” katanya pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amirul Hi­sham Malek, 23, berkata, dia juga jarang pergi ke Bazar Ra­madan Jeram, Kampar.

“Biasanya saya dan tiga rakan lain akan masak sendiri sahaja di rumah secara kebetulan ada kawan lain ingin datang berbuka puasa bersama-sama jadi kami pun belilah ayam golek seekor berharga RM27.

“Kami masak yang mudah-mudah sahaja dan tidak menelan kos yang tinggi seperti juadah berasaskan telur dan sayur-sayuran kerana maka­nan lain kosnya mahal,” katanya.

Abdul Nasir Ahmad, 25, yang ditemui di Bazar Ramadan Slim River, Tanjung Malim berkata, beliau lebih gemar berbuka puasa di Masjid Jamek Slim Village berbanding membeli juadah di bazar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini