Belum masa cerita, anak-anak masih kecil - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Belum masa cerita, anak-anak masih kecil – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memaklumkan anak-anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna masih kecil untuk mengetahui pergolakan yang berlaku antara dia dan suami, Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, berkata, dia tidak mahu membebani pemikiran anak-anak dengan masalah rumah tangga apatah lagi mereka tidak akan memahami situasi tersebut.

“Anak-anak tak tahu apa-apa. Saya selalu bagi alasan bapa mereka kerja. Mereka pun tak main telefon. Ayden pula bersekolah di sekolah kebangsaan Cina, jadi memang tidak dnegar apa-apa berita.

“Saya juga pesan kepada Aliff untuk buat seperti biasa sahaja bila jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan syarat apa-apa. Belum masanya bercerita kepada anak-anak. Mereka takan faham situasi ini,” katanya.

Terdahulu, Bella memfailkan permohonan perceraian daripada suami nya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia berharap perceraiannya dengan Aliff akan berlangsung lancar dan masing-masing dapat memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Sejujurnya, saya cuma berharap benda ini berlalu cepat dan kami dapat menjalani hidup masing-masing. Semoga apa yang terjadi dapat perbaiki diri, ini juga pesanan untuk diri sendiri.

“Apa yang buat saya jadi nekad ialah peluang demi peluang sudah diberikan. Bagaimanapun, Aliff tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya mahu bercerai secara baik. Apa yang terjadi pastinya ada hikmah.

“Cinta tidak semestinya harus memiliki, jadi saya sentiasa mendoakan yang baik untuk diri masing-masing,” kongsinya.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi mengalami pergolakan pabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, minggu lalu.

Bagaimanapun, Bella ketika itu memohon ruang dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut ketika ditemui di lokasi terbabit.

Manakala, Aliff dan Ruhainies masing-masing dilapor berjanji memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi terbabit. Namun, sehingga hari ini, baik Aliff mahu pun Ruhainies, masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN