Belum cadang warta kampung tradisi tapak warisan UNESCO

Selangor belum bercadang warta kampung tradisi tapak warisan UNESCO

RIZAM Ismail ketika menjawab soalan pada Sidang DUN Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor belum bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri setakat ini tiada melakukan pewartaan tersebut.

“Namun, kerajaan pada masa depan terbuka sekiranya terdapat permintaan dan ke­perluan.

“Penelitian atau maklum balas daripada jabatan dan agensi berkaitan akan dibuat jika ada kampung tradisi yang dilihat layak memohon pengiktirafan berkenaan,” katanya dalam Sidang DUN Selangor, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) sama ada kerajaan negeri mahu menggazetkan beberapa kampung tradisional sebagai tapak warisan UNESCO seperti cadangan melibatkan kampung baru.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Cadangan bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu bagaimanapun dibantah pelbagai pihak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menganggap perkara itu tidak wajar dijadikan isu perkauman kerana ia masih berada di peringkat cadangan.

Dalam pada itu, Rizam ketika menjawab soalan tambahan mengenai perkara berkenaan berkata, ia hanya cadangan menteri dan belum dilaksanakan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN