MELAKA: Jika di Kuala Lumpur, Bazar Ramadan Jalan Raja Alang sudah pasti menjadi tumpuan orang ramai setiap kali tibanya bulan puasa. Di Melaka, Bazar Ramadan Taman Cempaka yang sudah berusia 30 tahun paling mencuri tumpuan masyarakat berbilang kaum termasuk pelancong, untuk mencari pelbagai jenis juadah berbuka. Malah, ada yang menganggap tidak sempurna jika tidak menjejakkan kaki di bazar itu, jika berkesempatan berkunjung ke Melaka semasa Ramadan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati,…