ZAMAN media sosial ini, memang macam-macam perangai manusia kita boleh tengok di skrin dan di hujung jari.
Jadi, Cik Bunga tak pelik pun sekiranya wujud orang yang paparkan kebahagiaan yang sempurna setiap kali dia memilih untuk memuat naik sebarang hantaran gambar atau video dalam Instagram dan sebagainya.
Memang ada orang begitu. Cuma entah kenapa dan apa sebabnya dia kena jadi ‘orang lain’ bila dia jadi pengguna media sosial.
Itu agaknya yang berlaku pada seorang artis wanita ini yang dengarnya, selama beberapa tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, dia mendakwa hakikatnya hatinya sudah pudar rasa sayang dan cinta.
Dalam erti kata lain, tak bahagialah. Cumanya, demi menjaga reputasi sebagai figura awam dan masih mahu menjaga air muka keluarga, dia terpaksa berpura-pura hidup bahagia.
Sebab itulah, Cik Bunga tengok kehidupannya semuanya seakan kelihatan sempurna. Pendek kata yang manis-manis, yang indah-indah sahaja dipamerkan.
Dalam hati terdetik juga, tak akanlah terlalu sempurna sebegitu rupa. Namun itulah yang dikatakan permainan duniawi… permainan alam maya..
Kalau tak paparkan kebahagiaan, keindahan, kekayaan, orang tak pandang pula kita agaknya.
Apabila papar kesedihan nanti orang kata hidup asyik nak sedih saja. Dari satu sudut, ada betulnya juga jika artis itu main peranan begitu. Elak orang bercakap buruk.
Tetapi itulah, bab hati ini kadangkala tak boleh juga diambil remeh. Takut terjejas dan terbuka juga cerita tak bahagia itu suatu hari nanti.
Siapa artis itu? Eh biarlah rahsia. Cik bunga diamkan dulu ya. Hihi










