Ada yang minta saya jadi ‘anak ikan’ - Haidar Hasanuddin - Utusan Malaysia

Ada yang minta saya jadi ‘anak ikan’ – Haidar Hasanuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan, Haidar Hasanuddin, mendedahkan dikejar wanita berusia selain ditawarkan menjadi lelaki simpanan.

Dedah Haidar, keadaan itu berlaku selepas lakonannya sebagai Arjuna, yang menyukai wanita lebih tua dalam drama tersebut mencuri perhatian.

“Realitinya, di media sosial memang ada beberapa wanita berusia yang ajak saya keluar.

“Mereka juga tawarkan bayaran ribuan ringgit dan menjanjikan kehidupan yang senang untuk saya.

“Saya tak layan. Jika itulah kehidupan yang saya mahu, sudah lama saya cari mak datin. Tidak perlulah bekerja keras sebagai pelakon,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pada masa yang sama, impak watak Arjuna juga menyebabkan media sosial pelakon asal Kuala Lumpur itu dihujani kecaman.

“Macam-macam kecaman yang saya dapat. Paling kerap, saya dimarahi kerana tinggalkan isteri demi perempuan tua.

“Tapi saya bersyukur, kerana itu menunjukkan lakonan saya menjadi. Sekarang kalau pergi mana-mana orang akan jerit ‘Arjuna’ berbanding nama saya,” katanya.

Bagi Haidar, dia tidak kisah membawakan watak kontroversi asalkan babak tersebut melengkapkan keseluruhan cerita.

“Jika kontroversi itu tercetus kerana babak yang saya lakonkan dan bukannya perihal peribadi. Saya okey.

“Dalam lakonan, saya bertanggungjawab membawa visual yang diperlukan.

“Lagi pula saya yakin, setiap naskhah mempunyai mesej baik yang ingin disampaikan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya