PETALING JAYA: Seramai 5,041 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dan racun menerusi Op Tapis Khas 2/24 di seluruh negara dari 4 Mac hingga 6 Mac lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya menahan dan memeriksa seramai 5,352 individu dalam operasi itu. Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 2,855 penagih dadah termasuk empat daripadanya adalah penjawat awam. “Selain itu, kami menahan 497…










