46 warga asing ditahan Pasar Besar Meru - Utusan Malaysia

46 warga asing ditahan Pasar Besar Meru

Pasar Meru
RIZAM Ismail memeriksa mesin penimbang milik dekat salah sebuah gerai di Kompleks Pasar Besar Meru, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai 46 warga asing ditahan selepas dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dalam satu operasi bersepadu dekat Kompleks Pasar Besar Meru, di sini, hari ini.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail, kesemua mereka ditahan dalam operasi yang disertai beliau bersama Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidum (KPDN) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Menurutnya, operasi yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid.

“Daripada jumlah tersebut, 33 orang yang ditahan adalah warga Myanmar, 12 warga Bangladesh dan seorang warga India yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.

“Kesemua mereka didapati tidak memiliki pasport dan pihak JIM akan mengambil tindakan ke atas warga asing ini,” katanya selepas berakhirnya operasi berkenaan.

Selain menahan warga asing, kata Rizam, pihak MBDK turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,500 ke atas sembilan premis yang beroperasi tanpa lesen.

Manakala bagi kesalahan di bawah KPDN, sebanyak tiga kompaun berjumlah RM600 telah dikeluarkan ke atas tiga peniaga atas kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Dalam pada itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JIM Selangor, Mohamad Syahmi Mirza Mohamad Nazmi memberitahu, kesemua pendatang tanpa izin (PATI) itu akan dibawah ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

“Dipercayai ada dalam kalangan mereka sudah bekerja di sini lebih dua tahun. Kita akan lakukan siasatan lanjut. Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kita akan panggil majikan warga asing ini untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Sementara itu salah seorang warga Bangladesh yang ditahan, Sultan Ismail, 31, berkata, dia sudah lebih lapan tahun bekerja di pasar berkenaan sebagai pemotong ayam.

“Saya tinggal bersama isterinya dekat sebuah flat berdekatan pasar tersebut, dengan dibayar gaji harian sebanyak RM60 sehari oleh majikannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN