PETALING JAYA: Sebanyak 40 peratus daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam bakal beralih ke skim simpanan syariah berikutan peningkatan dividen tinggi dalam simpanan syariah seperti diumumkan kelmarin. Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, prestasi cemerlang peningkatan dividen berkenaan memberi peluang kepada pencarum untuk lebih yakin mencarum dalam KWSP terutamanya bagi mereka membuat caruman persendirian. Katanya, dianggarkan sebanyak 40 peratus daripada jumlah lebih 70 peratus pencarum KWSP beragama Islam bakal beralih ke simpanan syariah. “Dalam masa yang sama, kita akan melihat sekiranya prestasi pencarum dilihat semakin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya