PUTRAJAYA: Mewujudkan Perbadanan Tanah Bumiputera adalah antara tiga ikhtiar yang dicadangkan menerusi Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan perbadanan ini penting bagi mengekalkan pemilikan tanah bumiputera yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemeliharaan identiti kebangsaan. Beliau berkata, perbadanan ini bertanggungjawab merangka mekanisme yang membolehkan pemilikan tanah bumiputera ditingkatkan dan dimanfaatkan pada masa hadapan. “Adalah disyorkan semua tanah-tanah berstatus pajakan melebihi…