KUALA LUMPUR: Pelakon filem Rain Town, Wilson Lee, 31, sedia menerima sebarang tawaran berlakon filem atau drama Melayu sekiranya ada syarikat produksi yang sudi menawarkannya sebarang watak dalam naskhah berbahasa itu. Kata Wilson, dia enggan berada di takuk lama dengan hanya menjayakan naskhah berbahasa Cina, sebaliknya mahu mencabar diri dan keluar dari zon selesa. “Sepanjang sembilan tahun jadi pelakon, saya tidak pernah melakonkan watak berbahasa Melayu. Saya tahu saya tidak…










