Warga emas melecur selepas dapur terbakar 

Warga emas melecur selepas dapur terbakar 

KEADAAN dapur rumah seorang warga emas yang terbakar di sebuah kondominium di Jalan Midland, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita warga emas berdepan detik-detik mencemaskan apabila bahagian dapur rumahnya terbakar di sebuah kondominium di Jalan Midland di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa, Tan Hong Keok @ Tan Moy Hong, 79, bagaimanapun bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan atau melecur di bahagian tangan sahaja.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang dalam pada itu berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan dan apabila sampai, didapati kawasan tersebut sudah terbakar kira-kira 10 peratus.

“Mangsa yang melecur itu juga telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Tambah jurucakap itu lagi, pasukan bomba berjaya memadam sepenuhnya kebakaran tidak lama selepas itu dan operasi kemudian ditamatkan beberapa jam kemudian.

”Kes seterusnya diserahkan kepada pasukan penyiasat kebakaran untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN