PETALING JAYA: Tiada ‘perang dingin’ yang dikatakan berlaku antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Sebaliknya, Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menegaskan, dakwaan mengenai hubungan keruh mereka tidak benar, malah dua pemimpin utama dalam Perikatan Nasional (PN) itu kekal sepakat dalam gabungan itu. “Saya ingin beritahu secara rasmi tidak ada langsung…










