JERANTUT: Tarian Indung yang merupakan khazanah kesenian Melayu Pahang berusia kira-kira 400 tahun di Kampung Bantal, Ulu Tembing di sini berdepan risiko pupus sekiranya tidak ada usaha pihak tertentu menghidupkan semula warisan budaya tersebut. Ketika ini hanya tinggal empat orang sahaja penggiatnya yang berusia lebih 70 tahun dan kerana faktor usia mereka pun ‘ingat-ingat dan lupa’ ketika diminta membuat persembahan dan menceritakan semula tradisi berkenaan. Manifestasi tarian dan lagu Indung…










