'Tak perlu kait politik, yang penting solat jemaah di masjid' - Utusan Malaysia

‘Tak perlu kait politik, yang penting solat jemaah di masjid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti versatil, Alif Satar berpendapat perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjadi isu sehingga mengaitkan kejayaan gerakan kempen Geng Subuh Macam Jumaat.

Kongsi Alif, usaha yang digerakkan tanpa sengaja itu dilakukan bagi mengajak orang ramai mengimarahkan masjid dan menunaikan tuntutan wajib tanpa memikirkan soal pujian manusia.

“Kempen ini mengajak orang ramai menunaikan solat di masjid. Bukan sesuatu yang perlu direbutkan atau boleh dituntut oleh sesiapa. Memang menunaikan solat adalah tuntuan wajib.

“Apa yang penting adalah tujuan kempen ini memeriahkan masjid. Terpulang kepada anda yang membangkitkan isu politik seperti ini, janji datang solat berjemaah di masjid,” ujarnya.

Pelakon Risik Pada Hati itu dalam pada masa sama menjelaskan masjid adalah tempat komuniti berkumpul tidak kira agama apatah lagi melibatkan melibatkan fahaman politik setiap individu.

“Seronok bila ramai orang sertai solat Subuh di masjid. Apa yang penting, kita mahu kekalkan kesucian.

“Komuniti masjid adalah tempat untuk orang datang. Bukan orang Islam sahaja pun boleh datang.

“Agama kita agama cinta. Tiada racism (isu perkauman). Tidak kisah politik apa tetapi semua orang datang Subuh,” kongsinya.

Sejak mencetuskan misi Geng Subuh Macam Jumaat, banyak pihak mula menyahut kempen tersebut dan berkongsi foto hadir ke masjid menunaikan solat subuh.

Lebih menarik, kempen tersebut turut meluas sehingga ke negara luar seperti Singapura, Brunei dan Dubai.

Meskipun kempen mendapat sambutan tinggi, ada individu yang mengaitkan isu politik dengan kempen tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN