suami pukul isteri akibat cemburu

Suami pukul isteri akibat cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Gara-gara mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang suami memukul muka isterinya sehingga cedera di Kampung Siaun, Menumbok pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun berkenaan dikatakan mengamuk dan memukul isterinya yang disyaki mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku di dalam sebuah kenderaan di hadapan rumah pasangan suami isteri berkenaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dan luka di bawah kening. Suspek turut mengugut untuk membunuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota ronda cegah jenayah (RCJ) Balai Menumbok menangkap mangsa di rumahnya di Kampung Siaun, Menumbok.

Ismail berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya