SPRM gesa dua anak Tun M isytihar harta, atau

SPRM gesa dua anak Tun M isytihar harta, atau berdepan pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) menggesa dua orang anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat pengisytiharan harta, sekiranya gagal boleh didakwa.

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan pihaknya sudah menghantar notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 kepada individu terbabit bnamun sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang notis pengisytiharan harta terbabit.

“Mereka (dua individu) ini boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta sekiranya mereka tidak melakukannya dalam tempoh yang telah kita tetapkan.

“Tetapi mereka boleh membuat permohonan pada pertengahan bulan ini, selepas tempoh yang diberikan itu tamat,” katanya dalam satu sidang media Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak, di sini, hari ini.

Untuk rekod, dua anak bekas Perdana Menteri terbabit ialah Mirzan dan Tan Sri Mohkzani.

Mengulas lanjut Azam, berkata salah satu daripada proses siasatan terbabit merangkumi pengisytiharan harta.

“Ini bermakna pendakwaan terhadap mereka lambat lagi kerana kita perlu melengkapkan siasatan dahulu,” ujarnya lagi.

Pada 18 Januari lalu, SPRM mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset miliknya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Sementara itu, Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya