PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan membekal dan mengurus kenderaan kerajaan dikendalikan Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai merugikan negara. Perdana Menteri berkata, kenyataan itu bukan baru disuarakannya, malah pernah dibangkitkan ketika menjawat Menteri Kewangan pada pemerintahan sebelum ini. “Sikap keras saya terhadap SPANCO sejak saya menjawat Menteri Kewangan dahulu. Jadi siasat, saya tidak tahu di mana salahnya. Tapi saya tahu ia tidak betul. Saya tahu ia merugikan negara…