Shiqin Kamal dengan pelawak itu ada apa-apakah? - Utusan Malaysia

Shiqin Kamal dengan pelawak itu ada apa-apakah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUM mungkin ingat dengan pelakon wanita ini yang sebelum ini mencipta populariti menerusi filem Legenda Budak Setan yang ditayangkan sekitar tahun 2010. Siapa lagi kalau bukan Shiqin Kamal.

Seiring waktu berjalan, rasa Cik Bunga amat jarang pelakon ini dikaitkan dengan mana-mana artis lelaki.

Sama ada dia tak suka dikaitkan atau memang dia artis yang pandai menjaga diri. Mungkin juga pengurusnya pun pandai menjaga Shiqin dan mengelak dia daripada terjebak dengan mana-mana lelaki.

Tetapi hendak dijadikan cerita, barubaru ini, Cik Bunga mendapat tahu, Shiqin sebenarnya sudah lama rapat dengan seorang pelawak terkemuka tanah air ini.

Tak mahulah Cik Bunga sebut nama, netizen ‘terer’ bab-bab begini, boleh cari sendiri barangkali.

Kononnya, pelawak tersebut pun memang ada hati dengan pelakon wanita ini. Cumanya, sama ada mereka ini benar-benar pasangan kekasih atau tidak, itu Cik Bunga tak berani hendak cakap.

Tetapi, kalau betul pun, apa salahnya bukan? Kalau jodoh, tidak ke mana orang kata. T

etapi satu masalah yang Cik Bunga rasa mungkin jadi penghalang utama buat mereka adalah keluarga. Sebab apa? Rahsia…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN