KANGAR: Seawal pukul lima pagi, orang ramai sudah menunggu dan beratur panjang di luar ibu pejabat Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini, semalam bagi membeli borang permohonan tapak bazar Ramadan sempena bulan puasa pertengahan Mac ini. Difahamkan, mereka beratur sepanjang lebih 100 meter sebelum tiba giliran proses membeli borang bagi bazar Ramadan Persiaran Wawasan bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. Sebelum ini, pada 29 dan 30 Januari lalu,…