KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) untuk menubuhkan Lembaga Pelabuhan Berpusat Sarawak akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan Lembaga Pelabuhan Berpusat kelak membolehkan kerajaan negeri mengambil alih Pelabuhan Bintulu dan menjadikan pelabuhan itu sebagai perhentian kepada semua pelabuhan-pelabuhan yang ada di Sarawak. “Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai menteri bertanggungjawab akan menggerakkan usaha ini,” jelasnya…










