Risiko gabungkan semula MK dan Tuju - Utusan Malaysia

Risiko gabungkan semula MK dan Tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat tidak sabar menunggu kemunculan muzik video lagu terbaru, Risiko, yang bakal dipertontonkan secara rasmi bermula 22 Februari 2024 (esok).

Lagu berkenaan yang menggabungkan lima rapper berbakat besar seperti MK dan Tuju K-Clique, Benzooloo, Ghidd dan Meerfly sudah mula mencuri perhatian sejak teaser muzik videonya ditayangkan 11 hari lepas.

Teaser muzik video tersebut yang telah ditayangkan di Youtube menerima respons memberangsangkan dengan 1 juta jumlah tontonan.

Penerbit dan juga komposer lagu ini, Kinggolddigga memaklumkan pihak Twntytwo Degree mempunyai sebab tersendiri memilih esok sebagai hari pelancaran video muzik berkenaan.

“Ia bertepatan dengan nama Twntytwo Degree. Single ini adalah buah tangan pertama syarikat produksi kami. Insya-Allah, single baru akan datang juga dilancarkan pada tanggal 22,” katanya.

Risiko menceritakan tentang jalan hidup tersendiri setiap individu mencapai kejayaan.

Lagu ini juga sekaligus memadam khabar angin mengaitkan MK dan Tuju yang sebelum ini dikatakan bermasam muka dan tidak sebulu.

Dalam pada itu, Kinggolddigga juga memaklumkan kerjasama berkaitan lagu berkenaan berlaku secara spontan.

“Idea di sebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Ogos tahun lepas lagi. Idea untuk menggabungkan mereka juga datang secara tiba-tiba.

“Kelima-lima penyanyi ini dipilih kerana mereka adalah idola kebanyakan remaja di Sabah termasuklah saya,” katanya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya