Rimba Razia rancakkan sektor pelancongan

Rimba Razia rancakkan sektor pelancongan

RAZALI Idris (kiri) tertarik dengan burung kakak tua yang dipelihara di Rimba Razia, Kampung Dusun, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Destinasi pelancongan, Rimba Razia yang berkonsepkan ‘petting zoo’ di Kampung Dusun, dekat sini menerima kehadiran kira-kira 90,000 pengunjung sejak dibuka Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kewujudan ‘petting zoo’ itu bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan tetapi juga pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

“Zimba Razia ini menjadi tarikan baharu khususnya di daerah ini. Peggunjung berpeluang  berinteraksi secara dekat termasuk memberi makan kepada haiwan yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

“Kita harap lebih ramai lagi usahawan dapat membangunkan aktiviti perniagaan di Terengganu sekali gus memberi impak positif dalam sektor ekonomi pelancongan,” katanya pada Majlis Perasmian Pembukaan Rimba Razia di Kampung Dusun dekat sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Rimba Razia, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata, ketika ini terdapat lebih kurang 400 ekor haiwan daripada 125 jenis spesies ditempatkan di sini yang kebanyakannya dibeli dari luar negara seperti di Eropah, Jepun dan Thailand. 

“Setakat ini terdapat 20 orang pekerja di Rimba Razia termasuk doktor haiwan yang memantau tahap kesihatan haiwan.

“Selain dapat berkongsi minat, kemudahan ini juga memberi peluang kepada orang ramai melihat pelbagai spesies haiwan dari luar negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN