Resah belukar tepi parit undang denggi - Utusan Malaysia

Resah belukar tepi parit undang denggi

Parit semak
JEFRI Mejan (dua, kiri) bersama penduduk meninjau keadaan semak samun dalam parit dekat Taman Sri Indah, Bestari Jaya di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Lebih 600 penduduk di Taman Sri Indah dan Taman Pancaran, Bestari Jaya di sini, bimbang dengan keadaan parit utama kawasan itu yang dipenuhi semak samun dan lalang sejak setahun lalu. 

Keadaan itu dikhuatiri menyebabkan kawasan berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali gus mengundang penularan wabak denggi.

Seorang penduduk, Alim Mohammad Seri, 54, berkata, kawasan parit di laluan masuk berdekatan dewan dan padang awam itu kini bersemak berikutan tidak diselenggara. 

“Selain resah terkena denggi, ia membahayakan keselamatan kami yang beriadah pada waktu petang. Kami juga bimbang kawasan itu menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa seperti ular dan kalajengking,” katanya.

Justeru, dia berharap masalah di dua taman perumahan itu ditangani segera pihak bertanggungjawab bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Bagi Pengerusi Taman Sri Indah, Azmi Abd Raof, sikap segelintir pihak membuang sampah di tepi parit itu turut mencacatkan pemandangan.

“Laluan di kawasan itu digunakan ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bestari Jaya dan Kolej Vokasional Kuala Selangor. Ia bukan saja membahayakan keselamatan  menyakitkan pandangan mata,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Jefri Mejan berkata, perkara berkenaan sudah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tindakan lanjut. 

“JPS telah mengambil maklum tentang aduan ini dan kita berharap tindakan segera diambil bagi menanganinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN