KENINGAU: Aktiviti mandi-manda lima sekawan bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas dihanyutkan arus deras di sungai Kampung Panagatan, di sini semalam. Mangsa, Aloysius Alfred,13, ditemukan lemas pada jarak 520 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, kira-kira pukul 9.50 malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, pihaknya menerima…










