Razarudin sekali lagi buat panggilan mengejut menerusi radio DCC

Razarudin sekali lagi buat panggilan mengejut menerusi radio DCC

Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sekali lagi membuat ‘kemunculan’  menerusi radio pasukan Pusat Kawalan Daerah (DCC) selepas mengadakan lawatan mengejut di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), Cheras.

Menerusi lawatannya itu, Razarudin membuat panggilan mengejut menerusi radio DCC kepada Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin.  

Menerusi hantaran video di akaun TikTok rasmi Razarudin, beliau memberikan penghargaannya kepada Zam Halim yang menggunakan call sign atau nama panggilan ‘Cheras 1’ atas respons pantas bersama pasukannya terhadap panggilan pucuk pimpinan pasukan. 

 “Terima kasih Cheras 1 dan DCC (bilik gerakan) Cheras atas respon yang pantas! Syabas saya ucapkan atas respon pantas KPD Cheras, ACP Zam Halim bersama pasukannya.

“Saya minta semua pegawai dan anggota bekerja bersama-sama saya demi kebaikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukan bekerja untuk saya,” katanya. 

Dalam rakaman berdurasi tiga minit 51 saat di Facebook rasmi PDRM, memaparkan Zam Halim berhubung dengan Razarudin berkaitan penugasan pegawai dan anggota di daerah itu. 

Zam Halim turut mengucapkan terima kasih atas nasihat dan bimbingan diberikan Razarudin. 

“Kita akan meneruskan pembabitan dengan masyarakat dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. 

“Saya bersama Cheras 2 (Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras) akan bersama-sama menyahut saranan daripada Tan Sri (Razarudin) supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×