Ramai mencuba, cuma hati saya belum terbuka - Hidayah - Utusan Malaysia

Ramai mencuba, cuma hati saya belum terbuka – Hidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Buat masa ini, saya tak berminat untuk berkenalan dengan sesiapa. Sukar untuk hilangkan bayangan Allahyarham Abam Bocey. Dia tetap di hati saya.”

Demikian luahan balu kepada pelawak terkenal, Abam Bocey, Siti Hidayah Mohd. Ali, 32, yang mendedahkan menerima banyak pesanan daripada individu yang mahu mengenalinya dengan serius.

Jelas Hidayah, dia ketika ini belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta namun terbuka sekiranya Tuhan membuka hati dan rezeki untuknya bertemu jodoh satu hari nanti.

“Memang ada yang cuba mengenali, hantar pesanan di media sosial tetapi saya tidak balas pun. Saya tidak berminat.

“Tetapi jika satu hati nanti hati ini terbuka, saya terima ketentuan Tuhan. Paling penting adalah dia menerima anak saya, Hamzah dan menjaga kami berdua sebaiknya.

“Hamzah juga semakin membesar, sudah mahu bersekolah. Jadi saya ketika ini fokus untuk mencari pendapatan dan menjaga dia,” ujarnya kepada Utusan Malaysia semalam.

Hidayah ditemui usai majlis tayangan perdana filem Tan-Ti-Ana yang merulakan antara naskhah terakhir lakonan Allahyarham Abam sebelum meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Dalam majlis tersebut, Hidayah juga menerima sumbangan daripada penerbit filem tersebut yang b bakal menjengah ke pawagam seluruh Malaysia esok.

Dalam pada itu, Hidayah ketika ditanya ciri-ciri lelaki yang dirasakan sesuai untuk bergelar suami, dia menjawab;

“Jujur, saya tak tahu nak cakap bagaimana. Yang penting, dia akan jaga Hamzah dengan baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN