Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA baharu

Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA baharu

ANWAR Ibrahim melantik Prabakaran sebagai Pengerusi MITRA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta merta.

Dengan pelantikan ini, Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam
mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India.

“Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN