Polis tahan lelaki 20-an bantu siasatan kes intip wanita di inap desa

Polis tahan lelaki 20-an bantu siasatan kes intip wanita di inap desa

RAZLAM AB. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lelaki warga tempatan yang sebelum ini menjadi buruan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian mengintip seorang wanita menggunakan kamera tersembunyi dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong, di sini akhirnya diberkas.

Prerkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid.

Menurut Razlam, suspek ditahan hari ini di Kuala Lumpur dan telah direman selama empat hari iaitu sehingga Rabu depan.

”Penahanan suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dibuat bagi membantu siasatan polis dalam kes ini,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu katanya, lelaki tersebut diburu selepas siasatan awal polis mendapati, terdapat pautan pada kamera tersembunyi itu yang menghubungkan gajet berkenaan dengan telefon bimbit milik lelaki terbabit.

Ia susulan dakwaan wanita berkenaan yang percaya bahawa dia dan rakannya telah menjadi mangsa intipan kamera tersembunyi semasa berada di inap desa tersebut.

Ketika ini juga, kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN