Polis siasat kematian lelaki diikat, dipukul sebagai bunuh - Utusan Malaysia

Polis siasat kematian lelaki diikat, dipukul sebagai bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siasatan membabitkan kematian seorang lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Pelangi, Semenyih 2, dekat sini, kelmarin diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat mendedahkan tiada kecederaan ketara membabitkan kematian lelaki berkenaan.

Kata beliau, setakat ini lima suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bedah siasat menunjukkan tiada kecederaan ketara yang boleh menyebabkan kematian.

“Punca kematian masih dalam siasatan dan masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya di sini hari ini.

Media melaporkan, seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dia dipukul hingga maut.

Kejadian tragis itu berlaku semalam, selepas lelaki berusia 42 tahun terbabit yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan.

Sejurus selepas kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9.20 malam mengenai kemalangan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya