KLANG: Polis setakat ini merekodkan keterangan lima individu berhubung nahas sebuah pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua individu itu melibatkan orang awam dan penduduk kampung tersebut. “Mereka merupakan saksi-saksi kejadian yang melihat nahas berkenaan semalam. Lima keterangan sudah diambil bagi membantu siasatan kes berkenaan sehingga kini,” katanya…