SHAH ALAM: Jasad juruterbang pesawat ringan yang terhempas dalam kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar diletakkan sementara di pusat Krematorium Nirvana Shah Alam, di sini bagi membolehkan ahli keluarga dan kenalan memberikan penghormatan terakhir. Difahamkan, jasad mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dibawa ke krematorium itu bagi upacara pembakaran sebelum di bawa ke Pulau Pinang esok untuk disemadikan di sana. Lebih 50 ahli keluarga dan kenalan mendiang turut…