IPOH: Seorang pesara Lembaga Air Perak (LAP) dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM6,000 dalam tempoh lapan tahun. Tertuduh, Mohd. Zulhairi Mohd. Zailani, 61, juga berdepan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit yang…










