MELAKA: Seorang perunding motivasi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bagi dua pertuduhan mencabul kehormatan dua penuntut lelaki sebuah universiti awam di negeri ini, bulan lalu. Tertuduh, Mohd. Zulkarnain Atan, 43, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua pelajar lelaki masing-masing berusia 21 tahun dengan cara mencium telinga, bahu dan meraba payu dara…