BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perbincangan ahli Parlimen beragama Islam berhubung langkah memperkasa undang-undang syariah boleh dilaksanakan namun tidak seharusya dijadikan sebagai bahan politik untuk mempopularkan pihak tertentu semata-mata. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keputusan Mahkamah Persekutan pada Jumaat lalu yang membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 itu merujuk kepada peruntukan perundangan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri…









