KUALA TERENGGANU: Peniaga premis makanan di pusat bandar raya ini mengeluh setelah berlaku gangguan bekalan air, iaitu kali ketiga dalam tempoh dua bulan, semalam. Pemilik Restoran Mat Binjai, Mamat Abdul Wahab berkata, dia kecewa dengan situasi tersebut kerana menyukarkan operasi harian perniagaannya terutama untuk kerja-kerja pembersihan peralatan memasak di restoran itu. “Gangguan bekalan air mula berlaku pada pukul 8 pagi, mujurlah kami sempat memasak beberapa menu hidangan lebih awal untuk…