PETALING JAYA: Para pengusaha bas dan kantin sekolah mendakwa berhadapan dengan kenaikan kos operasi menjelang pembukaan sesi sekolah baharu pada Mac ini. Bagaimanapun pengusaha bas yang dekat ekosistem sekolah memilih untuk terus menggunakan harga lama bagi memastikan kesejahteraan pelajar dan ibu bapa walaupun sedang ditekan pelbagai kos. Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd. Rofik Mohd. Yusof mendakwa para pengusaha bas berhadapan dengan kenaikan kos operasi sehingga 20 peratus.…