PETALING JAYA: Pelakon, Razzuan Rosli, memaklumkan sebelum ini pernah berdepan syarikat produksi ‘tahi hidung masin’ yang membayar rendah khidmat lakonannya. Kata Razzuan disebabkan ketika dia masih baru menjadi pelakon, dia tidak membantah dan hanya akur dengan bayaran yang diberikan meskipun baginya tidak setimpal. “Saya pernah dibayar RM100 untuk satu hari bagi sebuah watak sampingan yang kalau dirujuk kadar pasaran, pelakon watak sedemikian sepatutnya paling minima dibayar RM300 kerana berdialog. “Tapi…