REMBAU: Penduduk di Kampung Pilin dan Durian Daun, di sini kini bimbang berikutan kes pecah rumah yang kerap berlaku di perkampungan berkenaan sejak kebelakangan ini. Sudah lima kediaman penduduk menjadi mangsa pecah rumah sejak lapan hari lalu dengan kejadian terbaharu berlaku pada pukul 12.30 tengah malam semalam. Seorang guru tadika, Nur Nazatul Husna Fairul Syukri, 24, berkata, rumahnya turut menjadi sasaran kejadian jenayah berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang mandi…










