Pemuda UMNO Arau ungguli Futsal Perpaduan, eratkan hubungan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Arau ungguli Futsal Perpaduan, eratkan hubungan

PARA pemain merakamkan gambar bersama sewaktu perlawanan Futsal Perpaduan yang berlangsung di R7 Futsal Centre, Kangar, Perlis, malam tadi. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemuda UMNO Bahagian Arau mengungguli perlawanan Futsal Perpaduan Empat Penjuru yang berlangsung penuh meriah di R7 Futsal Centre, di sini, malam tadi.

Perlawanan bermula pada pukul 9.30 malam sehingga 11.30 malam itu menyaksikan pasukan Pemuda UMNO Bahagian Arau menduduki tempat pertama diikuti Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri yang meraih tempat kedua.

Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing disandang oleh Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri serta Persatuan Wartawan Perlis (PWP).

Mengulas mengenai perlawanan itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Abdul Azim Abdullah berkata, penganjuran program berkenaan adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara parti-parti komponen dalam kerajaan Perpaduan khususnya melibatkan sayap pemuda.

“Malam ini kita dapat berkenalan dengan rakan-rakan parti komponen dan kami juga merancang untuk meneruskan program lain secara bersama dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi AMK negeri, Amar Abd Jalil berkata, perlawanan secara santai itu mendapat sambutan cukup memberangsangkan dengan penyertaaan
daripada anak-anak muda mewakili parti terlibat.

Katanya, selain mengeratkan hubungan, program tersebut juga merupakan usaha bagi mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

“Ini merupakan sebahagian aktiviti kita anjurkan untuk ahli-ahli beriadah secara bersama di samping berkenalan antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah negeri, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad berkata, penglibatan pihak media dalam perlawanan berkenaan juga merupakan usaha yang baik dalam menjalinkan kerjasama lebih erat selepas ini.

Katanya, program tersebut juga perlu diteruskan lagi selepas ini memandangkan aktiviti sukan merupakan medium paling berkesan bagi mengukuhkan perpaduan antara semua pihak.

“Sukan menyatukan kita semua dan sewajarnya medium ini digunakan sehabis baik bagi mengukuhkan perpaduan antara masyarakat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya