MELAKA: Seorang pemuda yang videonya tular dalam media sosial kerana menumbuk seorang wanita warga emas berikutan berang ditegur membakar sampah di sebuah tapak glamping di Tanjung Kling di sini, hujung bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret, semalam. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Amirul Fathi Mohd. Noor, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul seorang warga emas berumur 77 tahun menggunakan tangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.20 petang di belakang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya