Pemuda Amanah Perak mahu erat hubungan dengan Pemuda PH, UMNO - Utusan Malaysia

Pemuda Amanah Perak mahu erat hubungan dengan Pemuda PH, UMNO

KHAIROL Najib Hashim (depan, tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Perak Sesi 2023-2026 yang diumumkan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Perak mahu mengukuhkan hubungannya dengan sayap Pemuda parti-parti Kerajaan Perpaduan bagi memudahkan kesepakatan dicapai dalam apa jua pembuatan keputusan.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, perkara itu sentiasa menjadi ingatan buat ahli partinya supaya kerjasama di peringkat akar umbi dapat diperkukuhkan.

Katanya, perkara itu penting agar parti tersebut tidak ketinggalan serta melicinkan keputusan untuk apa jua perbincangan berkenaan urusan tadbir negeri .

“Kita akan minta kepada Ketua Pemuda kawasan-kawasan untuk bina hubungan dan jaringan kerjasama dengan pemuda parti kerajaan, sama ada Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN) di peringkat kawasan.

“Pertamanya, pergi kenal dulu. Pergi jumpa jangan sampai tak kenal siapa ketua pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK), siapa Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), siapa Ketua Pemuda UMNO, MCA dan MIC. Bila dah kenal baruah boleh buat hubungan kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Amanah Negeri Perak Bil. 1/2024 di sini hari ini, bagi mengumumkan senarai Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Perak Sesi 2023-2026.

Berkenaan penglibatan Pemuda Amanah Perak dalam urus tadbir negeri, Khairol Najib mengharapkan berlakunya penambahan tempat untuk sayap pemuda parti itu dalam barisan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi sesi akan datang.

“Pada sesi lepas, terdapat sembilan ahli Pemuda Amanah Perak menjadi ahli majlis PBT. Diharapkan berlakunya penambahan untuk sesi yang akan datang, walaupun satu kerusi,” katanya.

Perak dijangka meluluskan pelantikan baharu ahli majlis PBT yang berakhir pada 15 Februari lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN