GURUN: Seorang pemandu lori yang terlibat kemalangan membabitkan trak askar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan memandu secara merbahaya sehingga mengorbankan tiga nyawa, awal bulan ini. Tertuduh, Muhammad Huzaifah Azhari, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad. Mengikut pertuduhan, dia dituduh memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian Lans Koperal Mohd. Hafiz Haris, 30; Sarjan Rozali Abdull Rani, 39,…










