KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,394 pegawai perkhidmatan pendidikan atau 1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru diluluskan untuk bersara pilihan sepanjang tahun lalu. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sedikit berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,306 atau 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru. Beliau berkata, kementerian juga melaksanakan kajian iaitu Tinjauan Faktor-Faktor Persaraan Awal Guru dan Kaitannya dengan Pembangunan Profesionalisme Keguruan pada 2022. “Dapatan kajian menunjukkan…