LIPIS: Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang berjaya memacu sistem Pendidikan Tahfiz Al-Quran khusus untuk anak-anak dari negeri ini yang bermula dari peringkat awal persekolahan sehingga ke peringkat diploma. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perintis program Tadika Tahfiz Negeri Pahang yang bermula dengan satu cawangan pada tahun 2018 di Pekan kini mempunyai 21 cawangan di seluruh negeri menjadi pemangkin kejayaan ini. Menurut beliau, modul pendidikan Tadika Tahfiz…