SEREMBAN: Nasib tiga beranak yang hilang tempat tinggal selepas rumah yang didiami mereka dekat Kampung Jijan Tengah dirobohkan dipercayai ekoran konflik keluarga pada hari Sabtu lalu, mendapat perhatian dua buah pertubuhan. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sepakat Nilai Negeri Sembilan bersama pertubuhan persendirian, Semarak Resources Centre (SRC) tampil membantu tiga beranak itu dengan menempatkan mereka di sebuah hotel berdekatan di Nilai di sini buat sementara waktu. Pengerusi Sepakat Nilai Negeri Sembilan,…