PUTRAJAYA: Kira-kira 50 penunggang perkhidmatan p-hailing hadir bagi menyerahkan memorandum berhubung nasib mereka kepada Kementerian Pengangkutan (MoT) di sini. Kumpulan berkenaan diwakili oleh Mohd. Ali Nafiah menyampaikan tuntutan tersebut yang diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MoT, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid. Wakil penunggang itu mendakwa, isu kebajikan mereka tidak dipedulika sejak kadar baharu dikuatkuasakan operator p-hailing bulan lalu. “Kami berterima kasih kepada MoT dan ingin menegaskan bahawa kami tidak…










