BUTTERWORTH : Mayat anggota bomba yang terjatuh ketika sedang menguji enjin bot (kevlar) pasukan di Sungai Perai berhampiran Jeti Pangkalan Marin, Mak Mandin di sini, akhirnya dijumpai selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, mayat Mohd Izwan Illias, 42, ditemukan kira-kira pukul 5.32 petang tadi. Katanya, selepas operasi SAR dimulakan sekitar 10.20 malam tadi, mangsa…