PETALING JAYA: Tindakan rejim Zionis melipatgandakan serangan mereka terhadap Palestin menyebabkan beberapa keluarga di sana terpisah dengan ahlinya oleh kerana terperangkap dalam kekejaman tersebut. Rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron, 38, berkata, keluarga mentuanya antara yang terkesan dan sehingga kini dia tidak dapat menghubungi untuk bertanyakan perkhabaran dan keselamatan mereka. Menurutnya, sebahagian ahli keluarganya kini berlindung dan hidup di dalam khemah di daerah Al-Mawasi dan…