Masjid al-Qiblatayn adalah antara masjid yang sudah ada semenjak zaman Rasulullah SAW. Masjid Qiblatain bererti masjid dua kiblat ini adalah sebuah masjid yang telah menyaksikan pertukaran qiblat dari al-Masjid al-Aqsa ke al-Masjidilharam semasa solat sedang didirikan. Masjid al-Qiblatain juga dikenali satu ketika dahulu dengan panggilan Masjid Bani Harom al-Kabir (Masjid Bani Harom Yang Besar) bagi membezakan antara masjid ini dengan Masjid Bani Harom al-Saghir (Masjid Bani Harom Yang Kecil) yang…










